Monday, June 9, 2014

2 Senaman Advance Tekan Tubi Yang Patut Anda Cuba

Sekiranya anda belum membaca teknik latihan tekan tubi secara asas iaitu 3 Senaman Asas Yang Perlu Anda Tahu anda boleh membaca artikel tersebut di SINI

Seperti yang anda ketahui bahawa senaman tekan tubi ini memberikan banyak manfaat kepada pengamal latihan jenis ini. Ianya bukan sahaja membuatkan bentuk tubuh dada anda kelihatan cantik ataupun saja, tetapi ia juga membantu menguatkan otot lain seperti bahu, pinggang dan dapat menguatkan otot perut.
Dalam artikel kali ini akan mengupaskan 2 teknik senaman tekan tubi dalam kategori Advance untuk panduan kita bersama.

Dive Bomber / Hindu Push Ups

Hindu Push Up
Gambar Rajah
Semestinya senaman ini menumpukan bahagian otot dada. Walaubagaimanapun senaman ini akan memberikan tekan yang cukup berat juga pada bahagian bahu, triceps dan juga perut anda. Walaupun nampak mudah tapi ianya menggunakan banyak tenaga pada bahagian atas badan. 

Selain membentuk otot di bahagian dada, sistem pernafasan anda akan meningkat dan pada mereka yang ingin meningkatkan tenaga dalaman (batin) boleh la mencuba senaman ini. Ia akan memberikan kesan dalam tempoh 1 minggu pada tenaga dalaman anda.

Cara melakukan senaman ini :
  1. Bentuk posisi badan anda seperti huruf A sama seperti gambar rajah
  2. Junamkan badan anda sehingga hampir mengena lantai
  3. Naikkan badan anda selepas posisi no.2, umpama anda naik ke permukaan air selepas melakukan terjunan.

Arms Extended Push Ups

senaman tekan tubi
Walaupun senaman ini di kategori dalam jenis latihan Push Ups. Tetapi senaman ini lebih menumpukan otot bahagian bahu dan traps badan anda. Latihan ini lebih kepada Recovery selepas anda melakukan banyak latihan senaman Push Ups. Apabila di sebut recovery ianya akan meningkatkan tenaga dalaman anda untuk meningkatkan tahap kekuatan dan kecergasan otot anda.

Cara melakukan senaman ini :
  1. Bertiarap seperti posisi Superman yang terbang
  2. Bangunkan badan anda menggunakan tekanan daripada tapak tangan anda.
Advertisement

No comments:

Post a Comment

Relate Posts