Thursday, June 19, 2014

Rawatan Otot Semasa Bersenam

rawatan kaedah RICE
Pernahkah anda mengalami gejalah seperti ketegangan, radangan, membengkak dan sakit pada otot anda? Mungkin anda didalam delima apabila waktu sesuatu kejohanan ataupun pertandingan semakin hampir tiba-tiba sewaktu latihan anda ditimpa kecederaan otot pada bahagian tertentu. Artikel kali ini menerangkan kaedah rawatan pintas bagi membantu mengurangkan masalah tersebut.


R.I.C.E
Pernahkah anda mendengar rawatan kaedah R.I.C.E ini?  Ia adalah singkatan daripada R : Rest , I : Ice, C : Compression, E : Elevation. Kaedah rawatan ini memang sering digunakan oleh banyak badan-badan sukan terutamanya sukan lasak seperti olaraga, gusti, badminton dan banyak lagi. 

Cara rawatan RICE ini amat mudah sekali yang mana anda hanya perlu Berehat, Menggunakan AIS, Memampatkan otot anda dan Meninggikan sesuatu anggota badan iaitu dengan cara berikut :-

Rest / Rehat : Anda memerlukan rehat atau tidak melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan yang banyak pada otot yang bermasalah. Ianya bertujuan agar dapat mengurangkan kesakitan dan melindungi otot anda daripada cedera.

Ice / Ais : Sapukan ais ataupun gunakan pek ais ke kawasan otot yang mengalami masalah ataupun cedera. Ia bertujuan mengurangkan bengkak pada bahagian otot anda. Jangan letakkan ais pada otot yang bermasalah lebih daripada 15 minit. Ia akan memberikan masalah pada pergerakan darah anda dan kulit anda boleh melecur. 

Harus dipastikan juga, letakkan tuala terlebih dulu bukannya meletakkan ais secara terus ke permukaan kulit dan otot anda.

Advertisement
Compression / Memampatkan : Gunakan pembalut ataupun pembungkut yang elastik pada otot yang bermasalah. Ini juga dapat mengurangkan otot anda daripada terus membengkak. Pastikan balutan anda tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. 

Cara untuk mengetahui balutan kita ketat ialah apabila kita merasakan kebas pada kawasan balutan, rasa kesemutan, rasa lebih sakit, rasa lebih sejuk dan adanya bengkak di bawah balutan tersebut.

Elevation / Ketinggian : Tinggikan bahagian otot yang mengalami kecederaan daripada paras jantung anda dengan menggunakan bantal atau kain yang lembut. Ianya juga dapat membantu mengurangkan masalah otot yang membengkak.

Jika masalah otot anda berlarutan, anda boleh jumpa doktor pakar bagi rawatan seterusnya. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Relate Posts