Berapa harga dari kesihatan? Sewaktu kita masih mudah dan sihat kita mungkin tidak pernah terfikir akan berharganya waktu itu. Tetapi apabila kita terlantar jatuh sakit, di situ baru kita sedar bahawa kesihatan itu amatlah penting untuk diri kita.
Kesihatan ini tidak mengenal apa status kita, orang miskin akan mengeluarkan semua hartanya sekirannya dia terlantar jatuh sakit begitu juga orang kaya akan mengeluarkan semua hartanya jika dia terlantar jatuh sakit. Jadi berapakah harga untuk kesihatan ini? Yang pasti harganya memang tidak terbatas.
Kita sebagai yang bergelar manusia ini bukanlah mempunyai kuasa untuk mengelak dan menghalau semua jenis penyakit. Tetapi bukankah kita di tugaskan untuk menjadi sebaik yang mungkin? Jadi berusahalah kita untuk menjalani gaya hidup sihat.
Marilah kita melangkah setapak ke hadapan dan menjalani gaya hidup sihat agar kehidupan kita lebih bermakna. Jangan beranggapan sekiranya kita sihat di waktu ini tidak membawa apa makna, kerana bagi orang yang terlantar sakit, satu minit tanpa merasakan kesakitan ianya sebuah nikmat yang tidak ternilai.
No comments:
Post a Comment