Monday, June 2, 2014

Treadmill Yang Bagus Untuk Di Rumah

pilih treadmill
Pernahkah anda terfikir untuk membeli treadmill di rumah? Adakah anda di dalam delima untuk memilih treadmill yang mana sesuai untuk di beli bagi kegunaan di rumah? Perlukah anda untuk memiliki treadmill di rumah?

Dalam info dan tips kali ini akan menjawap persoalan yang melibatkan treadmill iaitu :-

  • Treadmill yang sesuai untuk di rumah
  • Harga Treadmill yang sepatutnya di beli
  • Jenama Treadmill
  • Ciri-ciri memilih treadmill

Kesesuaian Treadmill

treadmill di rumahSebelum anda ingin membeli treadmill, perkara pertama sekali yang perlu anda pertimbangkan ialah perlukah anda memiliki treadmill di rumah? Sekiranya anda seorang yang mempunyai jadual yang padat, sukar mencari kawasan yang sesuai untuk beriadah, risaukan keselamatan, inginkan keselesaan, inginkan privasi, mempunyai jadual senaman yang padat dan teratur, suka melakukan senaman di rumah. Maka memiliki treadmill di rumah amatlah sesuai.

"Break the record, not break the joints"

Apabila anda ingin memiliki treadmill di rumah, faktor yang perlu anda fikirkan ialah ruang rumah anda. Adakah rumah anda memiliki ruang keluasan yang cukup untuk menempatkan treadmill tersebut. Selain ruang keluasan, perkara lain yang harus anda fikirkan ialah berat treadmill tersebut agar anda boleh mengubah alihkan treadmill tersebut dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah.

Harga

Harga satu treadmill serendah ratusan ringgit sehingga puluhan ribu ringgit. Apabila anda ingin memiliki treadmill perkara yang harus anda tetapkan ialah budget anda. Jangan terpengaruh dengan jurujual yang menjual peralatan tersebut.

Sekiranya anda menetapkan sesuatu harga anda harus focus untuk mencari treadmill tersebut bersesuaian dengan budget anda. Bukan semua treadmill yang murah itu tidak bagus dan bukan semua treadmill yang mahal itu bagus dan memenuhi keperluan anda.

Jenama

Jenama memang membawa pengaruh yang besar kepada seseorang dalam memilih dan membeli sesuatu barangan. Jenama juga membuatkan kita lebih yakin mengenai produk tersebut. Begitu juga apabila kita ingin memiliki treadmill pertama untuk diri kita. Ianya bukan suatu perbelanjaan yang murah.

Walaubagaimanapun tidak semua barangan yang kurang berjenama di pasaran tidak mempunyai kualiti yang bagus. Malahan kualiti mereka hampir sama dan setara dengan jenama-jenama yang besar.

Ciri Pemilihan

Sebelum lebih lanjut mengenai ciri pemilihan treadmill. Anda boleh rujuk mengenai Mitos Treadmill di artikel sebelum ini. Beberapa faktor yang perlu anda lihat dan semak sebelum anda membeli treadmill iaitu  :-

Motor : Sekiranya anda seorang yang mempunyai berat badan yang dalam kategori "overweight" anda di nasihatkan agar memilih kuasa motor sekurang-kurangnya 2.0 HP (horsepower) sehingga 3.0 HP sekiranya anda akan berlari lebih dari 45 minit setiap kali anda melakukan larian di atas treadmill.

Manakala sekiranya anda dalam kategori "normal ataupun "underweight" " kelajuan 1.5HP sudah memadai.

sakit sendi
Tekanan : Pastikan kosyen/karpet mempunyai sekurang-kurangnya 2 layer kosyen/karpet. Ini demi memastikan larian anda tidak merosakkan sendi-sendi anda. Dengan adanya penyerapan kuasa hentakkan yang bagus akan memberikan anda larian yang baik dalam masa yang panjang. Dengan erti kata lain "Break the record, not break the joints". Selain itu ia akan membuatkan larian anda senyap dan selesa.

Jaminan : Agak sukar sekiranya kita ingin mencari jaminan peralatan yang lebih dari setahun. Walaubagaimana pun jaminan selama setahun adalah minimum requirement yang perlu di ambil kira. Selain itu service waranti seumur hidup juga amatlah di perlukan demi menjamin bahawa barangan yang kita beli sentiasa mempunyai peralatan ganti baik pulih sekiranya berlaku kerosakan.

Program Latihan : Lain treadmill akan memberikan program latihan yang berlainan. Walaupun banyak tawaran  program latihan daripada sesebuah treadmill, faktor utama yang anda harus pilih ialah kelebihan treadmill yang boleh membaca fizikal anda seperti jantina, usia, ketinggian, berat badan dan ukur lilit. Ini bertujuan kiraan bacaan kalori, kandungan lemak badan, pembakaran kalori serta pembakaran lemak dapat di semak dengan tepat sewaktu sebelum dan selepas melakukan aktiviti di atas treadmill.

Kesimpulan

Kelebihan seperti incline, kipas, mp3 dan kemudahan lain bukanlah faktor utama dalam pemilihan sesebuah treadmill. 

Pastikan anda memakai kasut sewaktu ingin mencari treadmill peribadi anda. Cuba melakukan beberapa larian di atas treadmill yang anda inginkan, dari kelajuan 2-8 KM/H. Rasai larian dan keselesaan sewaktu anda berjalan ataupun berlari. Sekiranya anda selesa, harga dalam budget anda dan menepati beberapa ciri seperti di berikan. Maka itulah treadmill yang sesuai menjadi treadmill peribadi pertama anda. Semoga berjaya!!!

2 comments:

  1. Saya mmg sedang survey treadmill...harapnya tak jadi gajah putih mcm selalu kita dengar huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gajah putih tu apa pula? saya tidak pernah dengar. Hehe

      Delete

Relate Posts