Friday, April 25, 2014

3 Senaman Asas Tekan Tubi Yang Perlu Anda Tahu.

push up body map
Gambar Rajah
Pumping ataupun Push Up adalah nama sinonim bagi Tekan Tubi. Budaya kita lebih tahu perkataan "push up" daripada "tekan tubi" yang mana maksudnya sama cuma bahasa yang berlainan. Push Up dari bahasa English dan Tekan Tubi dari bahasa Melayu. 

Terdapat bermacam-macam teknik dan cara untuk melakukan senaman ini, Diamond, Handstand, One handed dan banyak lagi tapi dalam artikel ini, saya akan menerangkan 3 senaman asas tekan tubi yang perlu anda tahu.

Dalam artikel "3 senaman asas tekan tubi yang perlu anda tahu", sebenarnya sudah cukup untuk merubah penampilan bentuk tubuh bahagian dada anda kerana keutamaan otot yang terlibat adalah dada dan triceps, seperti yang di tujukkan dalam gambar rajah tersebut. Dalam artikel "3 senaman asas tekan tubi yang perlu anda tahu", ini juga saya akan menggunakan "panggilan universe" dalam info latihan ini.

latihan asas tekan tubi
Basic Push Up
Basic Push Up 
Lathian ini di lakukan pada permukaan rata (rumput, lantai, jalan raya) atau mana-mana permukaan yang rata.

Latihan ini bukan saja menguatkan bahagian dada tetapi akan melibatkan otot-otot lain seperti Triceps dan Perut anda.

Sekiranya anda ingin mempunyai dada yang bidang dan perut yang kuat maka senaman tekan tubi amatlah digalakkan.

"Pemanasan badan penting sebelum melakukan sesuatu senaman"

Incline Push Up
latihan asas tekan tubi
Incline Push Up
Secara asasnya untuk melakukan Incline Push Up ini ada beberapa faktor yang perlu anda ketahui sebelum memulakannya. Iaitu :-
  • Kerusi
  • Meja
  • Atau pun apa-apa benda yang keras sekurang-kurangnya dalam ketinggian 3 kaki.
Sekiranya anda memperolehi salah satu daripada 3 item di atas, maka anda sudah boleh melakukan Incline Push Up ini.

Melakukan latihan jenis ini lebih mudah berbanding Basic Push Up. Di sarankan agar anda memulakan latihan ini terlebih dahulu, sekiranya anda benar-benar dan tidak boleh untuk melakukan Basic Push Up.

latihan asas tekan tubi
Decline Push Up
Decline Push Up
Secara asasnya sebelum anda melakukan Decilne Push Up ini anda juga perlu ketahui beberapa faktor sebelum untuk memulakannya. Faktor yang harus anda ketahui sama seperti Incline Push Up iaitu :-
  • Kerusi
  • Meja
  • Atau pun apa-apa benda yang keras sekurang-kurangnya dalam ketinggian 3 kaki.
Latihan Decline Push Up ini lebih susah daripada Basic Push Up. Ianya lebih sukar kerana otot yang akan terlibat untuk melakukan latihan ini ialah dada, bahu, lengan, belakang serta kaki anda. Tetapi tidak lupa juga ia akan menguatkan otot perut anda secara langsung ketika melakukan senaman ini.

Advertisement
Dengan melakukan "3 Senaman Asas Tekan Tubi Yang Perlu Anda Tahu" ini, ianya secara tidak langsung akan merubah daya ketahanan badan anda.

Tetapi anda harus ingat pemanasan badan amat penting sebelum melakukan apa juga jenis senaman yang akan anda lakukan.

Pemanasan badan yang bagus dan cukup secara tidak langung akan dapat mengurangkan ataupun mengelak anda daripada cedera semasa melakukan senaman.

Sekiranya anda ingin mengetahui senaman asas perut anda juga boleh melayari artikel sebelum ini di 8 Asas Senaman Perut

No comments:

Post a Comment

Relate Posts