Tuesday, May 6, 2014

2 Jenis Senaman Yang Perlu Anda Tahu.

jenis jenis senaman
Bila bercerita mengenai senaman, pelbagai jenis latihan yang kita dengar. Ada yang menyarankan kita untuk sentiasa ber "jogging" , ada yang menyuruh kita berenang, ada yang menyuruh kita pergi kelas yoga dan ada juga menyuruh kita pergi ke gym.

Adakah anda tahu mengapa anda perlu ke gym? Apa target anda untuk ke gym? Adakah anda tahu mengapa anda perlu ber "jogging", berenang, yoga dan macam-macam lagi jenis kesenaman dan latihan? Adakah semua jenis latihan ini memenuhi matlamat anda?

"Pemanasan badan amatlah penting sebelum melakukan sebarang aktivi senaman dan latihan.."

Dalam artikel kali ini akan menerangkan secara ringkas 2 jenis senaman asas yang perlu anda tahu agar dapat membantu anda mencapai matlamat tahap kecergasan yang anda impikan.

senaman asa cardioCardiovascular/Kardio
Kita sering dengar perkataan dan jenis senaman "cardio", apa sebenarnya cardio ini? Anda boleh merujuk ke artikel sebelum ini iaitu Kardiovaskular.

Jika anda seorang yang cepat rasa penat, cepat merasa mengantuk ketika memandu, apa-apa aktiviti yang di lakukan anda cepat rasa lesu. Senaman jenis ini amat sesuai untuk anda lakukan.

Masalah-masalah itu timbul di sebabkan dalam badan anda tidak mendapat oksigen yang secukupnya dan mengakibatkan gerakkan jantung anda kurang aktif.

Walaubagaimanapun anda harus mengetahui sejauh mana keupayaan jantung anda ketika melakukan senaman jenis ini. Anda boleh rujuk artikel sebelum ini di 3 Mitos dan Fakta Ketika Bersenam.

jenis senaman kekuatan ototStrength
Kekuatan, bila bercakap mengenai fitness level, ramai yang keliru dan ada yang mungkin tidak tahu senaman jenis ini. Senaman jenis Endurance Strength dan Power Strength dengan ertikata lain perbezaan antara Ketahanan Otot dengan Kekuatan Otot adalah dua jenis latihan yang berbeza dalam kategori Strength ini.

Ketahanan otot merujuk kepada kebolehan sesuatu otot untuk bekerja lebih lama sebagai contoh kebolehan berlari Marathon ataupun membuat tekan tubi sebanyak 100 kali tanpa penambahan beban.

Manakala Kekuatan otot merujuk kepada kebolehan sesuatu otot di paksa bekerja untuk sesuatu bebanan sebagai contoh keupayaan tekan tubi sebanyak 1 kali dengan penambahan beban sebanyak 100kg.

Kebanyak orang yang mula-mula ke gym tidak tahu akan apa matlamat mereka, adakah mereka ingin membina Endurance Strength ataupun Power Strength.

iklan aktkins
Advertisement
Apa sepatutnya aku lakukan?
Dalam menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Faktor pemakanan dan melakukan aktiviti senaman serta latihan merupakan kunci utama untuk membuatkan badan kita sentiasa sihat dan cergas.

Mengabungkan senaman cardio serta strength merupakan suatu senaman yang amat di galakkan agar keseimbangan pada badan kita terbentuk.

Dalam artikel akan datang akan saya kongsikan bagaimana anda boleh mengurangkan berat badan sekaligus menghilangkan lemak berlebihan pada badan anda tanpa perlu berlapar, tanpa menggunakan bahan-bahan kimia, tanpa menggunakan fatbunner, tanpa sedut lemak dan tanpa mencederakan anda.


1 comment:

  1. Coin Casino Review - Bonus and free spins with Bonus
    This review explains what makes 바카라사이트 it interesting and why this casino offers new and existing players the chance to enjoy an 샌즈카지노 excellent 인카지노 welcome bonus with a

    ReplyDelete

Relate Posts