Saturday, May 10, 2014

7 Makanan Membantu Membakar Lemak Di Musim Panas

Makanan bakar lemak musim panasMusim panas yang berpanjangan melanda negara kita Malaysia ini terutamanya juga negeri Sabah merupakan satu fenomena yang luarbiasa berlaku kerana ianya jarang sekali berlaku. 
Walaubagaimanapun, kita mengambil ianya dari sudut positif dan menganggap ini sebagai satu rahmat dan mengambil peluang  ini dengan sebaik mungkin kepada kita semua yang ingin membakar lemak yang berlebihan pada badan kita dengan lebih mudah dan agar kita sentiasa berpenampilan sihat dan cergas.

Dalam aktikel 7 makanan membantu membakar lemak di musim panas akan membuka minda serta peluang yang ada ini untuk kita mempercepatkan proses pembakaran lemak pada tubuh badan kita.

1. Apple
Tidak kira merah atau hijau ianya tetap kaya dengan nutrisi serta fiber yang dapat membantu kita daripada dehirasi. Tips : Makan sebiji epal 20 minit sebelum anda memulakan makan tidak kira tengahhari atau malam. Ianya dapat membantu mengurangkan pengambilan kalori dalam hidangan makanan anda.

2. Almond
Ianya dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Dalam masa yang sama membantu menurunkan tahap kolestrol dan mengurangkan gula badan anda.

3. Lada
Tidak kira jenis dan saiz lada tersebut. Sebenarnya ianya bagus untuk mengurangkan berat badan. Makan seberapa banyak lada sekali pun kalori badan anda tidak akan bertambah.

4. Ayam
Rendah kalori dan lemak tetapi tinggi protein yang memang bagus untuk perkembangan otot. Tapi bukanlah ayam berempah ataupun Deep Fried. Cubala makan dengan Kukus, Grill, Panggang. 

5. Soy
Kaya dengan nutrisi serta vitamin dan fiber. Soy sebenarnya bertindak pantas dalam sistem hidrasi badan kita.

6. Brokoli
Dengan adanya penambahan sedikit brokoli dalam menu hidangan anda. Ianya membuatkan anda cepat berasa kenyang dan dalam masa yang sama membantu mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan anda. Apa pun kepada yang mempunyai masalah gout di sarankan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Kerana Brokoli ini kaya dengan vitamin C dan K. Yang mana vitamin K adalah larangan bagi pesakit yang menghidap gout.

7. Green Tea
Membantu meningkatkan metabolisma badan anda dan dalam masa yang sama denyutan jantung anda akan meningkat.

Kesimpulan
Sebenarnya cuaca di musim panas ini suatu rahmat dan membantu kita untuk lebih cepat melakukan proses pembakaran lemak dalam badan kita. Berhenti daripada mengeluh, ubah cara pemikiran anda dan teruskan jalani kehidupan yang sihat.

Dengan adanya artikel 7 makanan membantu membakar lemak di musim panas ini, ianya dapat membantu anda serba sedikit info untuk anda dengan matlamat anda.
Advertisement

No comments:

Post a Comment

Relate Posts