Tuesday, April 22, 2014

3 Mitos Dan Fakta Ketika Bersenam : Eposid Satu

Mitos dalam menggunakan treadmill

Treadmill
Mitos : Mesin Treadmill, Skywalker, U Shape, Aplikasi telefon dan banyak lagi merupakan alat senaman yang menawarkan bacaan kiraan pembakaran kalori apabila kita bersenam melaluinya.

Keistimewaan alatan ini merupakan suatu yang boleh memukau kepada mereka yang berusaha untuk menurukan berat badan, yang baru hendak mencuba-cuba bersenam dan juga mereka yang kurang arif mengenai senaman yang mereka lakukan.

Fakta : Proses pembakaran kalori sebenarnya bergantung kepada jantina, tahap kecergasan, BMI dan usia seseorang. Faktor ini jarang sekali terdapat dalam mana-mana alat senaman tersebut. Sekiranya ada, ada sudah membuat pelaburan yang baik untuk memantau tahap kesihatan anda. Sekiranya alatan yang anda gunakan tidak memerlukan data-data yang diperlukan maka pengiraan pembakaran kalori yang keluar dari mesin skrin senaman tersebut adalah kurang tepat.

tips mengetahui heart rate
Heart Rate
Mitos : Heart Rate pengimbasan keupayaan jantung anda. Dengan menggunakan teknologi ini akan membantu anda untuk mengetahui sejauh mana sebenarnya anda boleh bersenam.

Teknologi ini akan membaca secara digital degupan jantung anda dan akan menghantar signal kepada "receiver" sama ada jam, monitor atau pun telefon anda.

Fakta : Sebenarnya bacaan imbasan "Heart Rate" ini akan menjadi tidak konsisten apa bila anda melakukan jenis senaman yang berlainan. Monitor yang terbaik sekali adalah diri anda kerana anda yang merasai sendiri degupan jantung anda. Tips untuk mengetahui keupayaan jantung sewaktu bersenam adalah dengan cara bercakap. Adakah anda boleh bercakap lancar, sepatah demi sepatah ataupun sukar untuk bercakap.

Penimbang Berat
info tips alat penimbang berat
Mitos : Penimbang berat mengukur sejauh mana berat badan anda. Sama ada dalam proses untuk mengurangkan berat badan anda atau. menaikkan berat badan.

Penimbang berat ini adalah 100% rujukan kejayaan anda untuk menunjukkan yang anda telah berjaya sama ada dalam mengurangkan berat badan atau menaikkan berat badan.

Fakta : Berat badan anda sebenarnya ada berkaitan dengan tahap kesihatan anda. Berat otot sebenarnya lebih berat daripada berat lemak. 

Walaupun seseorang itu ingin melakukan penurunan berat badan. Apabila anda melakukan latihan beban dalam masa beberapa minggu, hasil dari latihan beban tersebut akan mengakibatkan kenaikkan berat badan disebabkan perkembangan otot yang terhasil. Tips untuk mengetahui kejayaan hasil dari latihan yang anda lakukan ialah dengan memakai pakaian yang biasa anda pakai. Adakah ianya menjadi longgar, tetap sama ataupun semakin ketat.

No comments:

Post a Comment

Relate Posts