Friday, May 2, 2014

Kardiovaskular ?

Apa yang di maksudkan dengan " Kardiovaskular " . Dalam bahasa yang mudah untuk di fahami maksud sebenar Kardiovaskular adalah gabungan dua nama di antara " kardio " dan " vaskular " yang mana maksud kardio membawa maksud "jantung" dan vaskular membawa maksud "pembuluh darah" .


Jantung sebagai pusat dari otot-otot yang bersebaran di seluruh tubuh manusia yang patut di jaga kesihatannya agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit yang menyerang sehingga dapat membahayakan nyawa seseorang.

Penyakit Kardiovaskular
Terdapat pelbagai macam jenis penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular ini dan yang paling di ketahui umum ialah serangan jantung dan juga stroke.

Serangan jantung itu berpunca daripada tersumbatnya pembuluh darah ataupun pembuluh darah itu mengecil yang di sebabkan oleh beberapa faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, merokok, obisiti, pola kehidupan (tidak aktif), tua dan faktor keturunan.

Manakala stroke berpunca daripada  pembuluh darah untuk ke otak tersumbat ataupun pecah yang di sebabkan oleh beberapa faktor kesihatan yang lebih kurang sama dengan masalah serangan jantung.

Kesimpulan
Adalah banyak lagi sebenarnya penyakit kardiovaskular ini tetapi jarang berlaku seperti tumor pembuluh darah. Apapun penyakit yang kita terima itu sebenarnya ianya berpunca daripada pola kehidupan kita. Kita tidak seharusnya menyalahkan takdir dan yang Menciptakan kita. Tetapi kita harus berusaha untuk memperbaiki tahap kesihatan diri kita. 

Advertisement

No comments:

Post a Comment

Relate Posts