Monday, May 26, 2014

7 Tabiat Perlu Elakkan Sewaktu Bersenam

Kebiasaannya apabila kita bermotivasi untuk bersenam, bulan pertama adalah waktu paling optimum kesungguhan kita untuk melakukan senaman. Dengan membeli pakaian yang bersesuaian ketika senaman, alatan senaman serta makanan tambahan seperti protein, multivitamins, fat burner dan berbanyak lagi. Perkara ini banyak terjadi kepada orang ramai yang dalam proses mengubah gaya hidup agar lebih sihat.


Malangnya motivasi mereka tidak berkekalan, skala kemerosotan ini akan bermula apabila masuk tempoh bulan ke 3. Secara purata motivasi sesorang itu akan merosot selepas dia bersenam selama 3 bulan dan ada yang lebih awal daripada itu. 

Dalam artikel kali ini, di kongsikan 7 tabiat yang perlu di elakkan sewaktu bersenam :-

1. Menjadi Hamba Angka
Sekiranya anda seorang yang selalu melihat kadar degupan jantung ataupun seorang yang setiap kali melihat penimbang berat. Maka tabiat ini harus di elakkan. Perlu di ingatkan bersenam adalah untuk kesihatan. Sila rujuk artikel sebelum ini Heart Rate.

2. Tidak Pernah Berehat
Sebenarnya tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk melakukan latihan agar badan kita sentiasa cergas. Sekiranya kita tidak pernah berehat dari melakukan senaman badan kita bukan sahaja tidak sempat untuk rehat tetapi akan membuatkan tubuh badan kita tidak bertenaga.

3. Terlalu Banyak Kardio
Kardio itu penting untuk jantung kita, tetapi terlalu banyak kardio akan membuatkan tiada peningkatan otot pada badan anda di sebabkan kadar kalori di bakar terlalu banyak. Anda boleh merujuk artikel sebelum ini di Bakar Kalori vs Bakar Lemak.

4. Selalu Buat Alasan
Apabila tiba waktu untuk bersenam, anda berusaha untuk mengelakkannya dengan membuatkan diri anda sibuk dengan perkara yang lain. Perlu di ingatkan kesihatan itu sesuatu yang penting dalam kehidupan.

Advertisement
5. Senaman Benda Yang Sama
Anda harus mempelbagaikan aktiviti/routine senaman anda. Apabila anda bersenam dengan perkara yang sama, lambat laun otot anda akan menjadi sebati dengan pergerakan senaman anda. Sekiranya perkara ini terjadi, aktiviti senaman tersebut akan menjadi mudah dan anda hanya akan melakukan separuh saja tenaga untuk menghabiskan latihan anda.

6. Berlumba-lumba
Apabila anda berlumba-lumba untuk menguruskan badan dari yang tidak ataupun lama tidak bersenam. Dan terus ke program latihan yang lebih aggressive. Sebenarnya anda telah membuat bencana kepada tubuh badan anda dan mungkin boleh mengalamai masalah radangan.

7. Minuman Sukan
Minuman sukan seperti Isotonik, 100 Plus, Gatorade, Drive semuanya penuh dengan kandungan gula  dan kalori. Anda hanya perlu minum air kosong sahaja untuk mengekalkan diri anda terhidart.




No comments:

Post a Comment

Relate Posts