FIFA World Cup bagi tahun 2014 telah menobatkan Brazil sebagai tuan rumah temasya sukan tersebut.
Sebanyak 32 negara bertanding untuk merebut piala dunia tersebut dan hanya satu negara saja akan dinobatkan sebagai juara piala dunia bagi tahun 2014.
Jersi
Tahukah anda perbezaan jersi di antara pemain dengan penyokong adalah berbeza walaupun kelihatan hampir sama tetapi kualiti kain dan ciri-ciri jersi tersebut berbeza sama sekali.
Jersi Penyokong
Jersi ini direka khas buat penyokong bagi sesebuah pasukan. Jersi ini merupakan jersi original dan dengan mudah juga kita boleh dapati di kedai-kedai butik seperti Nike , Adidas ataupun Puma bergantung kepada sponsor sesebuah negara sebagai contoh Brasil daripada Nike , Japan daripada Adidas dan Italy daripada Puma.
Ini adalah contoh jersi penyokong (Original) daripada pasukan Netherland aka Belanda.
Potongan baju standard
Jahitan benang authentic berwarna perak
Jersi Pemain
Jersi ini pula direka khas untuk para pemain bagi sesebuah pasukan. Jersi ini juga jersi original tetapi sukar untuk didapati di kedai-kedai butik. Kebanyakkannya dijual ekslusif secara online dan harga jersi ini lebih mahal berbanding jersi penyokong. Kalau anda merujuk laman web Nike.com baju jersi bagi penyokong berharga $90 manakala jersi bagi pemain pula berharga $150.
Ini adalah contoh jersi pemain (original) daripada pasukan Netherland aka Belanda.
Potongan baju mengikut ukuran badan
Jahitan benang authentic berwarna emas
Ada lubang dibahagian tepi badan
Jersi penyokong 2nd Original / 2nd Copy / Super A
Jersi ini adalah salinan daripada jersi penyokong original yang terdapat di kedai-kedai butik Nike, Adidas dan Puma. Potongan ukuran baju adalah sama cuma perbezaan jersi ini dengan Jersi Original hanyalah kualiti kain sahaja yang kain jersi 2nd original ini lebih nipis tetapi lembut berbanding kain original yang tebal, kualiti kain yang bagus dan lembut. Harga bagi jersi ini adalah lebih murah berbanding jersi original.
Jersi penyokong AAA / Triple A
Jersi ini adalah salinan daripada jersi penyokong original tetapi potongan ukuran baju tidak sama berbanding jersi penyokong original. Mempunyai ciri-ciri kualiti kain yang tebal dan keras. Harga jersi ini lebih murah berbanding jersi penyokong 2nd Original.
Jersi Player Issue (Nike) / Adizero (Adidas)
Jersi ini adalah salinan daripada jersi pemain original. Potongan ukuran baju adalah sama, ciri-ciri yang terdapat pada jersi pemain original juga adalah sama. Perbezaan diantara jersi pemain dengan jersi player issue / adizero hanyalah kualiti kain yang mana jersi pemain original lebih tebal dan lembut berbanding jersi player issue / adizero yang lebih nipis dan lembut. Harga jersi ini lebih murah daripada jersi pemain original tetapi ianya lebih mahal berbanding jersi 2nd original penyokong.
Contoh Jersi 2nd Original dengan Jersi Adizero bagi pasukan Jepun.
Bendera, Logo Pasukan dan Nama Negara di jahit pada Jersi Penyokong dan juga 2nd Ori.
Bendera, Logo Pasukan dan Nama Negara di Print pada jersi Pemain dan Adizero.
Sebahagian Jersi Player Issue / Adizero yang menjadi koleksi peribadi aku.
No comments:
Post a Comment