Sunday, May 18, 2014

3 Mitos Dan Fakta Ketika Bersenam : Episod Dua

abs machineAbs Machine
Mitos : Dengan menggunakan abs machine yang berada di pasaran pada harga RM100-RM600, akan membantu anda mendapat six pack abs atau pun perut anda akan menjadi kempis dalam masa yang singkat. Iklan yang menarik dan mempersonakan serta menjimatkan masa.


Fakta : Anda tidak boleh memilih kawasan mana yang anda ingin untuk membakar lemak. Untuk mendapatkan bentuk perut yang menarik anda perlu membuat dua jenis senaman iaitu kardio dan juga senaman beban. Dengan hanya melakukan senaman perut ianya tidak akan membuatkan pembakaran lemak di kawasan tersebut.

minum airMinum Air
Mitos : Minum air yang banyak akan membuatkan anda kurang lapar. Dan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk menurunkan berat badan anda.

Fakta : Anda hanya perlu minum air apabila anda merasa dahaga, pengambilan terlalu banyak air boleh mengakibatkan lemak air dalam badan anda dan boleh merosakkan sistem buah pinggang anda. Pengambilan minum air yang berlebihan akan mempercepatkan perut anda menjadi kembung.

Kardio
Mitos : Ramai orang mengatakan senaman kardio adalah senaman yang paling pantas untuk membakar lemak Hanya melakukan kardio anda akan dapat mengurangkan berat badan anda dalam masa yang singkat.

Fakta : Tidak di nafikan senaman kardio dapat mengurangkan berat badan tetapi bukan dalam masa yang singkat. Perlukah anda menghabiskan masa 1-3 jam sehari untuk membakar lemak berbanding senaman kardio di gabungkan dengan senaman beban yang hanya memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit sahaja.

Untuk mengetahui jenis senaman karido dan beban anda boleh pergi ke artikel sebelum ini di 2 Jenis Senaman Yang Perlu Anda Tahu.

Advertisement

No comments:

Post a Comment

Relate Posts