Decline push up ataupun tekan tubi secara menurun adalah salah satu jenis senaman tekan tubi yang mensasarkan bahagian dada, bahu, belakang dan lengan anda. Dengan ketinggian kerusi, meja atau apa alat sekalipun dengan ketinggian sekurang-kurangnya 3 kaki maka aktiviti latihan ini dapat di jalankan.
Butiran Senaman Decline Push Up
Jenis latihan : Strength
Otot utama : Dada
Otot yang terlibat : Bahu, Belakang dan Lengan
Tahap : Susah
Tahap : Susah
Panduan latihan Decline Push Up
![]() |
Pergerakan otot yang terlibat semasa melakukan Decline Push Up |
- Rendahkan badan ke bawah dan letakkan tangan anda kira-kira lebar dada anda. Kemudian naikkan kaki anda ke kerusi, meja, kotak atau apa-apa benda dengan ketinggian sekurang-kurangnya 3 kaki. Dengan kedudukan ini ia akan menjadi kedudukan permulaan anda.
- Seterusnya, menurunkan badan anda ke bawah dengan hanya menggunakan pergerakan lengan anda sehingga dada anda hampir menyentuh lantai.
- Dengan menggunakan kekuatan otot bahagian dada anda, tekanan di berikan pada otot dada anda kemudian kembali ke kedudukan permulaan.
- Anda boleh berehat dan mengulangi latihan ini sehingga anda benar-benar tidak boleh lagi melakukan latihan ini.
Anda juga boleh merujuk jenis senaman tekan tubi pada artikel sebelum ini 3 Senaman Asas Tekan Tubi Yang Perlu Anda Tahu.
Advertisement |
No comments:
Post a Comment