Aku nak kurus tapi aku nak makan nasi lemak. Aku nak kurus tapi tidak boleh lari dari nasi lemak. Aku suka makan nasi lemak tapi aku nak kurus, tanpa nasi lemak tidak lengkaplah sarapan aku.
Inilah antara yang sering menghantui fikiran orang-orang yang di ajar apabila berdiet tidak boleh makan nasi lebih-lebih lagi nasi lemak.
Sejauh manakah kebenaran yang melarang kita daripada makan nasi lemak ini? Anggaran memakan nasi lemak sebungkus di antara 300-400 kcal sebungkus nasi lemak bergantung kepada lauk pauk yang di tambah. Dari gambar yang di berikan, anggaran nasi lemak ini boleh mencecah 500-600 kcal.
Lihatlah betapa banyaknya tenaga yang kita perolehi hasil dari makan nasi lemak tersebut, boleh membuatkan kita berjogging 2 jam tanpa henti dengan menggunakan tenaga yang di berikan.
Rasanya berapa banyak kcal yang kita makan untuk sarapan nasi lemak tersebut? Dengan anggaran 750-800 kcal bagi juadah ini, ianya boleh membuatkan kita berjogging di tasik-tasik, di taman-taman riadah 3-4 jam tanpa henti. Sungguh hebat tenaga yang di berikan bukan.
Makan nasi biasa tanpa santan bolehkah? Baguskah tidak makan nasi? Untuk mengetahui makan nasi ini baguskah tidak anda boleh rujuk artikel sebelum ni "Is Rice Good Or Bad" maaf artikel saya sebelum ni ada dua bahasa english. Bukannya apa, tujuannya saya menulis artikel english tu untuk memikat En. Google, tapi En. Google cakap jumpa dia balik dalam masa 6 bulan dari sekarang. Jadi aku pun tulis dalam bahasa melayu dahulu, nanti nak dekat 6 bulan aku sambung tulis dalam bahasa english balik (untuk sementara waktu).
Kehebatan Nasi Lemak

Kalau begitu hebat, persoalan sekali lagi timbul. Bolehkah aku makan nasi lemak waktu diet? Secara logiknya anda boleh makan nasi lemak. Tetapi anda juga harus tahu mengira bilangan kcal pemakanan anda dan anda harus tahu bagaimana membuang kcal makanan yang tidak sepatutnya ada pada badan sewaktu anda berusaha dalam proses penjagaan berat badan.
Bukan saja faktor kcal dari pemakanan anda. Faktor lemak, garam, kolestrol dan banyak lagi juga harus di ambil kira.
Lemak terbahagi kepada dua kategori yang mudah kita faham iaitu lemak tidak baik/sihat ataupun lemak baik/sihat untuk tubuh badan. Ianya sama juga dengan kolestrol dalam badan kita terdapat dua kategori yang sama dan mudah untuk di fahami iaitu kolestrol x baik/sihat ataupun kolestrol baik/sihat. Mengenai info ini akan saya terangkan dalam artikel akan datang.
Kesimpulan dari persoalan "Bolehkah Aku Makan Nasi Lemak Waktu Diet?" sebenarnya BOLEH. Tetapi seperti saya perkatakan tadi anda harus peka terhadap faktor pemakanan anda. Dari kira bilangan kcal, lemak, garam, kolestrol dan lain-lain lagi.
* p.s : Kita rakyat Malaysia, takkan tidak makan nasi lemak. Tapi kena jaga kuantiti dan kualiti makanan kita.
Nasi Lemak ni makanan wajib org Malaysia, mana boleh berhenti
ReplyDeleteMakan Nasi lemak sambil lari
ReplyDelete