Saturday, April 19, 2014

Perlukah Aku Ber Bekam ?

cara berbekam
Bekam seperti ramai ketahui adalah salah satu kaedah perubataan yang mengeluarkan darah ataupun angin daripada badan pesakit. Bekam atau dari bahasa arabnya Hijamah ataupun bahasa english di panggil sebagai Cupping Cup merupakkan cara rawatan yang memang telah lama di gunakan sejak dari zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Apa pun peralatan berbekam zaman Rasulullah S.A.W tidaklah sama seperti alatan yang ada di zaman kita sekarang ini yang mana tanduk dan gading telah di gantikkan dengan Cup yang telah berubah mengikut peredaran zaman. Walaupun alat rawatan yang di guna berbeza tetapi tujuannya tetap sama iaitu untuk merawat penyakit atau memberikan kelegaan pada tubuh badan.
Kenapa perlu ber Bekam?
ubat selain bekamAdakah anda pasti esok atau lusa atau kemudian hari anda tidak akan mendapat apa-apa penyakit? Adakah anda pasti seseorang yang sentiasa menjaga kesihatan selalu bersenam dan menjaga makanan itu pasti nyata tidak mendapat penyakit? 

Persoalan sekali lagi timbul " perlukah aku ber bekam? ". Bagi aku kaedah bekam ni salah satu alternatif sekiranya perbagai kaedah telah di ambil untuk merawat penyakit. Sekiranya ubat-ubatan yang telah di ambil kurang memberikan kesan apa salahnya mencuba kaedah bekam pula. Tak lah di wajibkan untuk berbekam tetapi ianya salah satu alternatif lain yang boleh di cuba.

Seperti kita masukkan jarum kedalam tubuh badan dengan kiraan dos yang telah di tetapkan, ubat-ubatan yang telah kita makan untuk menyegarkan serta menyembuhkan. Berlainan pula dengan bekam yang mana ia darah yang ada dalam tubuh badan kita.

Bukankah Bekam ni Untuk Orang Lelaki Sahaja?
Advertisement
Persepsi ini sememangnya wujud apabila pertama kali kita mendengar perkataan bekam. Perkara ini terjadi kita melihat demo-demo atau rencana di kaca televisyen yang mana ianya melibatkan tenaga lelaki. Ke mana saja kita pergi, pasti perawat dan yang di rawat adalah lelaki. Di kedai-kedai sewa, di koridor shopping kompleks pasti orang yang berada di sana kebanyakkannya adalah lelaki.

Mungkin Agak sukar juga kita menemui pembekam wanita didalam kaca televisyen. Sebenarnya bekam ini adalah sesuai untuk semua peringkat samada lelaki atau wanita, tua atau muda, sihat atau sakit dan juga tidak kira bangsa dan agama. Bekam bukan saja rawatan orang Islam tetapi ianya merupakan rawatan yang tidak mengira bangsa dan agama. Tapi yang pasti kaedah rawatan bekam bagi kanak-kanak itu berbeza dengan cara rawatan untuk orang dewasa.

Adakah Bekam Ini Selamat?
bahaya bekamZaman dahulu bekam menggunakan tanduk dan torehan pisau. Kebersihannya mungkin boleh ragui. Kena harus pergi ke tempat rawatan bekan yang benar-benar selamat dan di jamin kebersihannya.

Tetapi teknik moden lancet (jarum) dan pen bekam telah memberikan suatu kelainan dan pembaharuan sesuai dengan peredaran zaman yang mana kebersihannya terjamin. Ia seperti alatan yang digunakan untuk mengambil darah anda diklinik untuk diuji. Lancet digunakan sekali sahaja iaitu pakai buang. Cup plastik pula digunakan untuk menggantikan tanduk. Semua alatan ini boleh dibasuh dengan cecair dettol untuk menyah kuman dan akhir sekali direndam air panas untuk proses akhir steril.

Akhir kata mengenai bekam
Sekiranya anda yang mengutamakan kesihatan dan suka berbekam. Bolehlah anda beli alatan bekam yang berada di pasaran. Aku sendiri beli alat bekam ni pada pada tahun 2013 dengan  harga asalnya RM159.00 tetapi penjual tersebut membuat tawaran istimewa dan berjaya menggoda aku membeli alatan bekam mereka dengan harga RM60.00 + percuma 1 minyak angin burung but-but.

Dengan adanya alatan bekam sendiri bolehlah aku dan isteri aku berbekam di rumah tanpa ke pusat-pusat rawatan bekam sambil berpandukan buku Panduan Bekam yang biasanya pusat rawatan bekam akan mengenakan harga serendah RM5 - RM20 bagi satu cup.
aku berbekam
Peralatan bekam yang aku beli semasa pameran bekam di tempat aku kerja


No comments:

Post a Comment

Relate Posts